Syarifuddin gegar Litar Catalunya

Syarifuddin muncul juara CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya pada Ahad.
Syarifuddin muncul juara CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya pada Ahad.
A
A
A

PELUMBA muda negara, Syarifuddin Azman mencipta sensasi di Litar Catalunya, Barcelona, Sepanyol apabila muncul juara perlumbaan CEV Moto3 Remaja Dunia pada Ahad.

Biarpun pada awalnya bermula di petak ke-10, pelumba SIC Racing itu tetap tenang memperagakan tunggangan terbaiknya sepanjang perlumbaan.

Dalam baki enam pusingan, Syarifuddin mula mengatur strategi sehingga berjaya memberi tekanan kepada barisan pelumba di kelompok hadapan yang diketuai Mario Suryo Aji dari Indonesia.

Akibat kesilapan yang dilakukan Mario dan pelumba Carodoso Racing, David Munoz pada pusingan terakhir, Syarifuddin berjaya memimpin perlumbaan sekali gus muncul juara.

“Sukur Alhamdulilah dan terima kasih kepada pasukan saya, ketua mekanik dan juga buat pengurus pasukan, Zulfahmi Khairuddin.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Razlan Razali yang datang memberi sokongan kepada saya hari ini.

“Terima kasih juga kepada semua penyokong, keluarga dan semua yang memberikan sokongan kepada saya,” katanya sejurus tamat perlumbaan.

Selepas mengharungi empat pusingan perlumbaan CEV Moto3 Remaja Dunia, pelumba kelahiran Selangor berusia 20 tahun itu kini menduduki tangga keenam dengan merekodkan 31 mata.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!