Agong solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Al Sultan Abdullah bersalaman bersama masyarakat yang hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah,Pekan di sini, hari ini.
Al Sultan Abdullah bersalaman bersama masyarakat yang hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah,Pekan di sini, hari ini.
A
A
A

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, di sini, hari ini.

Baginda yang memakai baju Melayu dan bersampin berwarna hijau, tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari, diiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman serta barisan pimpinan Exco kerajaan Pahang.

Kira-kira 5,000 jemaah menghadiri solat Jumaat itu yang diimamkan Imam 1 masjid berkenaan, Hairul Anuar Md Noor.

Al Sultan Abdullah mengaminkan doa yang dipimpin oleh Hairul Anuar selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan di sini, hari ini.
Al Sultan Abdullah mengaminkan doa yang dipimpin oleh Hairul Anuar selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan di sini, hari ini.

Manakala khutbah Jumaat disampaikan oleh Kadi Daerah Pekan, Ahmad Nizam Abdul Manan yang mengingatkan supaya umat Islam tidak leka dengan cinta dunia yang tidak kekal dan melalaikan.

"Orang yang dilamun sakit cinta dunia akan sibuk memfokuskan untuk mengumpulkan harta kekayaannya di dunia dan mereka tidak sedar harta itu bersifat sementara.

"Tidak seperti orang beriman yang menggangap dunia ini sebagai penjara mereka yang mereka akan melalukan sebaiknya untuk menuju ke akhirat. Jadi, janganlah kita tertipu dengam cinta dunia yang tidak kekal dan akan binasa

Sebaik solat Jumaat, Al Sultan Abdullah sempat bersalaman dengan jemaah dan mengurniakan wang kepada kanak-kanak yang hadir sebelum berangkat pulang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!