Suspek hina nabi dibebas dengan jaminan polis
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki direman tiga hari sejak Rabu lalu selepas dipercayai memuat naik status menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, lelaki berusia 68 tahun itu dibebaskan pada jam 11 pagi.
“Lelaki itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, polis menahan lelaki terbabit di rumahnya di Taman Sri Layang, Mentakab, Pahang, kira-kira jam 11.30 pagi, Selasa lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi harun mengesahkan, pihaknya telah menerima sebanyak 395 laporan dari seluruh negara ekoran terkesannya status penghinaan terbabit.
ARTIKEL BERKAITAN:Individu hina Nabi ditahan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!