'Kami cuma nak jalan-jalan'
MACHANG - "Saya dah cuba elak dengan turun ke bahu jalan namun tak sangka, hujung buluh panjang tersebut tertusuk ke leher sepupu yang membonceng motosikal saya," kata Muhamad Fitri Rusdi, 18 sepupu mangsa kemalangan tertusuk buluh di Kampung Banggol Bukit Sawa, dekat Bukit Bakar di sini pagi tadi.
Muhamad Fitri berkata, ketika kejadian dia bersama mangsa, Muhamad Asri Ajeman, 17 dalam perjalanan dari Kampung Cherang, Bukit Tiu untuk berjalan-jalan ke sekitar Bukit Bakar.
Katanya, sebaik tiba di kampung itu, motosikal yang dinaiki mereka berselisih dengan sebuah motosikal yang membawa buluh panjang dari arah bertentangan.
"Kejadian berlaku terlalu cepat dan kami tidak sempat membawanya ke hospital apabila arwah menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian.
"Kami cuma nak jalan-jalan di sekitar Bukit Bakar namun tak sangka berakhir tragedi," katanya sugul ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Asisten Superintendan, Mohd Shamsuri Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Remaja maut tercucuk buluh
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!