Ubat baharu hepatitis C diedar ke klinik akhir tahun ini

Malaysia negara pertama yang meluluskan penggunaan produk Ravida secara kombinasi dengan ubat lain untuk merawat jangkitan virus hepatitis C kronik (HCV). - Foto hiasan 123RF
Malaysia negara pertama yang meluluskan penggunaan produk Ravida secara kombinasi dengan ubat lain untuk merawat jangkitan virus hepatitis C kronik (HCV). - Foto hiasan 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Penggunaan ubat terbaharu pesakit hepatitis C iaitu Ravida Tablet 200mg (Ravidasvir) dijangka mula diedarkan di klinik kerajaan seluruh negara bermula akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ubat yang diluluskan pendaftarannya oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Malaysia itu berupaya menyembuhkan pesakit kronik penyakit berkenaan.

“Ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperoleh Ravidasvir. Saya rasa kemungkinan kita akan mula melancarkannya pada suku akhir tahun ini atau pada tahun depan di klinik bawah KKM,” katanya ketika sidang akhbar secara maya mengenai rawatan terbaharu hepatitis C anjuran Inisiatif bagi Ubat untuk Penyakit Diabaikan (DNDi) pada Isnin.

Dr Noor Hisham pada sidang akhbar yang diadakan secara maya pada Isnin.
Dr Noor Hisham pada sidang akhbar yang diadakan secara maya pada Isnin.

Pada 4 Jun lalu, Dr Noor Hisham mengumumkan Malaysia menjadi negara pertama meluluskan penggunaan produk Ravida secara kombinasi dengan ubat lain untuk merawat jangkitan virus hepatitis C kronik (HCV) dalam kalangan orang dewasa.

Di samping harganya yang mampu milik, Dr Noor Hisham berkata, kombinasi rawatan tersebut mampu menyembuhkan pesakit kronik dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia negara pertama luluskan Ravida rawat hepatitis C kronik

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM menganggarkan terdapat sekitar 400,000 pesakit hepatitis C di Malaysia dengan 75 peratus daripadanya tidak menunjukkan sebarang simptom.

Artikel Berkaitan:

Bagi menangani penyakit tersebut, katanya, negara telah melaksanakan strategi desentralisasi sejak tahun 2018 dengan melibatkan klinik komuniti di seluruh negara dalam pemberian rawatan kepada pesakit hepatitis C.

"Dua fokus utama yang diberikan tumpuan dalam strategi tersebut adalah meningkatkan ujian diagnostik di samping memberikan rawatan kepada pesakit," ujarnya.

Tambah Dr Noor Hisham, kombinasi rawatan menggunakan Ravidasvir dalam bentuk tablet itu juga membolehkan ia digunakan terhadap pesakit yang mendapat rawatan di klinik bandar dan luar bandar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!