Kapten Scotland sifatkan pemain Denmark wira
KAPTEN Scotland, Andy Robertson menyifatkan pemain Denmark wira apabila menjadi perisai kepada Christian Eriksen daripada penonton dan kamera semasa tonggak tersebut mendapatkan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selepas mengalami jantung terhenti mengejut (cardiac arrest) ketika aksi menentang Finland.
“Cara pemain-pemain Denmark menangani perkara ini pastinya menyedihkan hati mereka semua, namun mereka tetap tabah.
“Itulah gambaran yang saya ingat dan semua orang harus ingat kerana, apabila salah seorang rakan mereka ditimpa masalah, mereka tampil berdiri dan melindunginya.
“Apa pun yang berlaku dalam kejohanan ini, bagi saya mereka adalah wira,” kata Robertson.
Pemain tengah Denmark tersebut rebah secara tiba-tiba pada minit ke-42 pada perlawanan itu, sebelum dikejarkan ke hospital.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Kesatuan Bola Sepak Denmark (DBU), Jakob Hoeyer, mengesahkan Eriksen berada dalam keadaan stabil.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!