Copa America: Argentina, Chile sama handal
HASRAT Argentina mahu mengutip mata penuh pada aksi pembukaan Kumpulan B Copa America tidak kesampaian apabila diikat Chile pada perlawanan di Stadium Nilton Santos, Rio de Janeiro sebentar tadi.
Tampil dengan misi mahu mengakhiri kemarau kejuaraan kejohanan berprestij Amerika Selatan itu, bintang sensasi Barcelona, Lionel Messi terlebih dulu meletakkan Argentina di depan pada minit ke-33, untuk mendahului pada babak pertama.
Bersambung babak kedua, Chile lebih garang memperkemaskan permainan tampak agresif dalam memburu gol penyamaan.
Gol dicari La Roja akhirnya muncul menerusi Eduardo Vargas pada minit ke-57, apabila sepak penalti Arturo Vidal ditepis penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez sebelum itu disudahkan pemain berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!