Lembu di Negeri Sembilan bebas LSD

Datuk Bakri (tengah) dalam satu lawatan di salah satu pusat ternakan lembu di Negeri Sembilan baru-baru ini.
Datuk Bakri (tengah) dalam satu lawatan di salah satu pusat ternakan lembu di Negeri Sembilan baru-baru ini.
A
A
A

SEREMBAN - Laporan makmal berhubung ujian yang dilakukan pada seekor lembu di Rembau, yang sebelum ini dikesan mempunyai tanda-tanda klinikal penyakit kulit kental (LSD) mendedahkan, keputusannya adalah negatif.

Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir memberitahu, hasil laporan mendapati lembu tersebut hanya mengalami sakit kulit biasa, bukan LSD.

Sehubungan itu, lembu tersebut telah pun diberi rawatan bagi mengatasi penyakit kulit tersebut.

"Setakat ini semua haiwan ternakan di Negeri Sembilan dilaporkan sihat dan tiada lagi kes LSD di negeri ini.

"Pemantauan terus dilakukan secara berterusan bagi memastikan semua pengusaha dan penternak dapat memantau haiwan ternakan mereka dengan teliti, dan segera melaporkan kepada Jabatan Vaterinar di daerah masing-masing jika terdapat tanda-tanda yang mencurigakan pada haiwan mereka," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sejak 24 Mei lalu, Jabatan Vaterinar di seluruh daerah telah menjalankan pemeriksaan di 82 lokasi kawasan penternakan haiwan ruminan di negeri ini.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, kita telah membuat pemeriksaan awal pada semua haiwan ternakan di negeri ini supaya mereka tidak dijangkiti penyakit LSD.

Mengulas lanjut kata Bakri, pengusaha dan penternak haiwan ruminan di negeri ini, boleh dikenakan tindakan undang-undang jika menyembunyikan kes membabitkan haiwan ternakan yang menghidap penyakit LSD.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, antara tindakan yang boleh diambil ke atas pengusaha yang gagal melaporkan kes tersebut ke Jabatan Veterinar adalah denda sehingga RM25,000.

Sebelum ini, kerajaan negeri juga tidak membenarkan sebarang urusan pergerakan membawa haiwan ternakan lembu atau kerbau dari luar ke Negeri Sembilan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!