Lelaki Myanmar lemas ketika cari ikan

Pasukan bomba membawa keluar mayat mangsa yang lemas pada Selasa ketika menangkap ikan bersama rakannya dalam kejadian di sebuah lombong, di Rawang pada malam Isnin.
Pasukan bomba membawa keluar mayat mangsa yang lemas pada Selasa ketika menangkap ikan bersama rakannya dalam kejadian di sebuah lombong, di Rawang pada malam Isnin.
A
A
A

RAWANG - Seorang lelaki warganegara Myanmar ditemui lemas ketika menangkap ikan bersama rakannya di sebuah lombong, di sini.

Komander Operasi, Zaidi Ahtan berkata, mangsa Chit Win Naing, 26, telah ditemui oleh unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) jam 9.37 pagi Selasa.

"Kami telah menerima panggilan daripada rakan mangsa jam 7.43 malam Isnin dan tiba di lokasi di YTL Cement, Jalan KRI 2, Taman Perindustrian KRI Rawang lebih kurang 11 minit kemudian.

"Operasi mencari telah dijalankan di kawasan lombong pada kedalaman air lebih kurang 10 kaki itu.

"Mangsa ditemui pada jam 9.37 pagi (Selasa) oleh unit PPDA dan dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Zaidi, operasi yang melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dengan bantuan unit PPDA dari Shah Alam serta Pelabuhan Klang bersama pihak polis itu ditamatkan pada jam 10.39 pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!