Sara Duterte disaran bertanding pemilihan presiden 2022

Datuk Bandar Davao, Sara Duterte
Datuk Bandar Davao, Sara Duterte
A
A
A

MANILA - FILIPINA. Datuk bandar Cebu berharap Sara Duterte bertanding pada pemilihan presiden 2022.

Sara adalah anak perempuan Presiden Rodrigo Duterte dan bertugas sebagai datuk bandar Davao.

Menurut Eduardo Gullas, beliau memberi sokongan penuh kepada Sara dan percaya wanita itu memenuhi kriteria untuk memimpin Filipina pada suatu masa nanti.

Tambahnya, Sara memiliki pengalaman luas dalam aspek tadbir urus dan lebih penting beliau disayangi ramai.

"Saya percaya beliau boleh menjadi presiden yang berkaliber. Sejak bertahun-tahun, Sara telah menunjukkan kemampuannya dalam mengurus salah sebuah bandar terbesar di negara ini," katanya.

Antara calon dikatakan berminat merebut jawatan presiden pada 2022 ialah bekas presiden, Gloria Macapagal-Arroyo.

Bobong Marcos iaitu anak diktator Ferdinand Marcos dan legenda sukan tinju, Manny Pacquiao turut dilaporkan berminat menjadi pemimpin nombor satu Filipina. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!