Airasia catat untung bersih lebih tinggi
AirAsia
A
A
A
Perolehan naik kepada RM2.6 bilion berbanding RM2.44 bilion disebabkan peningkatan sebanyak 9.0 peratus dari segi jumlah penumpang yang dibawa.
AirAsia berkata keuntungan bersih yang lebih tinggi pada suku kedua disebabkan terutamanya keuntungan sekali sahaja daripada penjualan pegangannya dalam AAE Travel Pte Ltd kepada Expedia dan pembalikan liabiliti cukai tertunda daripada penjualan pesawat.
Bagi tempoh sembilan bulan, keuntungan bersih AirAsia meningkat kepada RM2.41 bilion daripada RM1.26 bilion berbanding tempoh sama tahun lepas, manakala perolehan naik kepada RM7.77 bilion daripada RM7.05 bilion sebelum ini.
Mengenai masa depan, AirAsia berkata ia akan mengekalkan disiplin kos dalam semua bidang, meningkatkan keseluruhan kecekapan dan kekal aktif untuk mengekalkan margin keuntungan yang baik.
“Bagi tahun penuh, kami dijangka mencapai sasaran faktor muatan kumpulan sebanyak 85 peratus,” katanya.
Pengendali syarikat penerbangan itu berkata penurunan harga minyak pada Disember dijangka menyumbang secara positif kepada keputusan operasi bulan Disember dan bagi 2019, syarikat yakin ia akan mencapai keputusan keuntungan bersih.
AirAsia berkata syarikat menuju ke arah fasa pembangunan akan datang untuk berkembang selain pengangkutan udara dan mendigitalkan operasi dan prosesnya untuk lebih cekap.
“Kami kini memulakan usaha untuk menjadi syarikat pelancongan teknologi dengan kerjasama Google Cloud,” katanya.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen khas sebanyak 40 sen sesaham bagi 3.34 juta saham berjumlah RM1.34 bilion.
“Dividen itu akan dibayar pada 28 Disember 2018. Tarikh penutupan buku bagi dividen tersebut ialah 14 Disember 2018,” menurut AirAsia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!