KBS teliti permohonan jurulatih peribadi Hup Wei

Hup Wei mahu mendapatkan khidmat jurulatih peribadi bagi persediaan ke Sukan Olimpik di Tokyo.
Hup Wei mahu mendapatkan khidmat jurulatih peribadi bagi persediaan ke Sukan Olimpik di Tokyo.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedang meneliti permohonan jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei berhubung permintaannya untuk mendapatkan khidmat jurulatih peribadi bagi persediaan ke Sukan Olimpik di Tokyo, Julai ini.

Timbalan Menterinya, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pihaknya akan memberi jawapan balas berhubung permohonan Hup Wei itu selepas pasukan olahraga pulang daripada pertandingan kelayakan di Almaty, Kazakhstan.

"KBS sedang meneliti permohonan beliau (Hup Wei) dan apabila mereka pulang nanti, kementerian akan beri jawapan balas.

"Kita memahami permintaan beliau itu," katanya pada pemberita selepas lawatan kerjanya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Kuala Selangor Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam di sini pada Selasa.

Mengulas berhubung kemelut yang dialami Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Wan Ahmad Fayhsal berkata, pihaknya berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin dan tidak akan masuk campur dengan keadaan sekarang.

Beliau turut mengharapkan pemain Harimau Malaya bangkit dan menampilkan permainan terbaik bagi skuad negara mengakhiri aksi Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand, tengah malam ini.

"Walaupun impian ke Piala Dunia sudah tamat, namun sekurang-kurangnya kita boleh tambah baik mod permainan (yang baik) demi maruah negara," katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!