Gempa bumi berskala 6.1 gegar Maluku, Indonesia
JAKARTA - Gempa berkekuatan 6.1 pada skala Richter melanda Maluku, Indonesia pada Rabu, lapor Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG).
Gegaran berlaku pada jam 11.43 pagi waktu Jakarta dengan pusat gempa terletak 67 kilometer (km) tenggara Maluku Tengah pada kedalaman 10 km.
Menurut BMKG, tiada ancaman tsunami dikeluarkan. Setakat ini, tiada laporan kerosakan atau kehilangan nyawa. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!