Pasangan suami isteri PJJ yang 'terkorban’

No Image Caption
A
A
A

APABILA menyebut akronim PJJ, kita tahu ia bermaksud perhubungan jarak jauh melibatkan pasangan yang sudah berumah tangga tetapi tinggal berjau-han kerana mungkin si isteri atau suami perlu bekerja di luar kawasan.

Di pejabat Merak Jalanan sendiri, ada beberapa rakan setugas yang PJJ dengan pasangan mereka, ada di Kedah, di Johor dan paling jauh di Sabah.

Terus Merak Jalanan teringat kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai sekatan perjalanan bagi suami isteri yang PJJ sepanjang total lockdown bermula 1 hingga 14 Jun lalu – “Semua rakyat perlu berkorban!”

Merak Jalanan memberanikan diri bertanya kepada Hanna yang suaminya bekerja di Sabah. Tidak terbitkah rasa cemburu atau syak pada pasangan kerana berada jauh nun di sana? Lama Hanna ambil masa nak menjawab.

“Kalau nak curang, tak perlu tunggu PJJ. Yang hari-hari tidur sebantal tu pun kalau memang ada pasang niat hendak curang, dia akan buat. Bagi saya, yang penting jati diri. Sentiasa ingat nawaitu dan objektif mengapa kita pilih untuk PJJ?

“Macam kami, kerana kelangsungan kehidupan dan mencari rezeki,” ujarnya tenang sambil menaip di komputer.

Kata Hanna lagi, sebenarnya perkara yang memeritkan bagi pasangan PJJ adalah jika anak-anak dalam jagaan mereka sakit atau paip rumah pecah atau menguruskan hal-hal di rumah tanpa bantuan pasangan.

Katanya, bagi pasangan yang biasa tinggal berjauhan, hubungan kelamin bukanlah objektif utama dalam perhubungan walaupun ia adalah satu keperluan, namun bagi PJJ, semangat kerja dalam pasukan itulah yang menjadi penguat hubungan mereka.

Artikel Berkaitan:

Terharu pula Merak Jalanan mendengar kisah Hanna. Benarlah setiap manusia mempunyai cabaran hidup masing-masing terutama dalam keadaan pandemik Covid-19 yang entah bila akan beransur pergi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!