Covid-19 menular dalam wad hospital

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah mengambil langkah segera bagi membendung penularan Covid-19 di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh susulan berlaku peningkatan kes Covid-19 melibatkan kakitangan dan pesakit di HoSHAS.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr Bahari Tok Muda Che Awang Ngah berkata, operasi HoSHAS berjalan seperti biasa dan hanya wad yang terlibat dengan penularan jangkitan Covid-19 ditutup sementara bagi melaksanakan kerja-kerja dekontaminasi.

"Klinik Pakar Unit Rawatan Harian (Day Care Unit), Unit Hemodialisis dan Jabatan Rehabilitasi hospital itu juga ditutup sementara bermula 16 hingga 20 Jun ini bagi kerja-kerja disinfeksi.

"Pesakit yang memerlukan rawatan akan dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan terdekat," katanya.

Dr Bahari berkata, keadaan di HoSHAS terkawal, hanya bahagian yang terlibat ditutup namun operasi hospital berjalan seperti biasa.

"Penularan jangkitan berlaku di wad biasa bukannya di wad yang dikhaskan untuk pesakit Covid-19.

"Susulan itu, penilaian risiko telah dibuat ke atas semua pesakit di wad dan kakitangan kesihatan di mana mereka yang diklasifikasikan sebagai kontak rapat kepada kes positif telah menjalani ujian saringan," katanya.

Beliau berkata, pesakit yang telah terdedah kepada risiko jangkitan tetapi masih negatif telah diasingkan di bilik isolasi dan akan dibuat sampel ulangan.

Artikel Berkaitan:

"Semua kakitangan yang diklasifikasikan sebagai kontak rapat telah dikuarantin, manakala aktiviti kawalan dan pencegahan telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan hospital," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!