PDRM tawar diskaun 50 peratus saman trafik

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan tawaran diskaun saman trafik sehingga 50 peratus bermula Jumaat hingga 18 Julai bagi semua saman terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, tawaran pengurangan kompaun saman berkenaan tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada tahun 2021, kesalahan kenderaan berat dan kesalahan berkaitan pengubahsuaian ekzos.

"Orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan https://mybayarsaman@rmp.gov.my, muat turun aplikasi google plyastore, Apple Playstore dan Huawei Gallery.

"Aplikasi Mybayar Saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah Azisman, sepanjang tempoh kempen ini berlangsung semua kaunter pembayaran saman di kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan Covid-19 dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh.

Jelasnya, Mybayar Saman merupakan inisiatif JSPT dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai sepenuhnya kepada masyarakat.

"Kita berharap pengurangan kompaun saman ini akan dapat membantu orang ramai yang terkesan dalam situasi sukar pandemik Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!