Rashford tak ambil hati

Rashford
Rashford
A
A
A

PENYERANG England, Marcus Rashford tidak kisah walaupun dia tidak menjadi pilihan utama pengendali pasukan itu, Gareth Southgate dalam saingan Euro 2020 kali ini.

Menurutnya, ia satu kebiasaan dalam bola sepak namun menegaskan akan tampil dengan persembahan terbaik sekiranya diberikan peluang beraksi.

"Sudah tentu, setiap pemain mahu bermain tetapi hanya 11 pemain yang boleh mengisi tempat dalam kesebelasan utama. Pasukan ini juga terdiri daripada 26 pemain, maka akan ada ramai pemain yang tidak akan bermain.

"Namun, itu bukan bermakna anda akan terus berada di bangku simpanan kerana ini satu kejohanan yang besar dan semua pemain diperlukan dalam pasukan," katanya.

Rashford tidak berada dalam kesebelasan utama England ketika pasukan itu menang ke atas Croatia di Wembley baru-baru ini dengan trio serangan pasukan itu diterajui Harry Kane, Phil Foden dan Raheem Sterling.

Pemain Manchester United itu hanya masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-71 dan dijangka akan terus kehilangan tempat dalam kesebelasan utama menjelang pertemuan dengan Scotland pada Sabtu ini.

"Saya tidak kisah dan akan bekerja keras memastikan terpilih dan mendapat kesempatan untuk bermain. Anda perlu terus melihat ke hadapan dan saya gembira sekiranya pasukan mendapat tiga mata.

"Saya perlu profesional kerana sebagai seorang pemain sudah tentu akan ada perasaan sedih jika tidak dapat bermain," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!