Jumlah terkini kes Covid-19 di Malaysia, beberapa negara dunia
KUALA LUMPUR - Berikut adalah maklumat terkini mengenai Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia setakat jam 10 pagi pada Khamis.
Data John Hopkins Coronavirus Resource Center menunjukkan terdapat 176,995,832 kes Covid-19 dan 3,830,127 kematian.
Sejumlah 2,440,331,649 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia setakat ini.
Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi, dengan angka korban di AS melebihi 600,000 pada Selasa. Bagaimanapun, AS, United Kingdom (UK) serta beberapa negara lain melaporkan penurunan dalam kes dan kematian baharu seiring peningkatan jumlah vaksinasi.
Jumlah vaksinasi di Malaysia mencecah 5,108,948 dos pada Rabu dengan 204,839 dos diberikan pada hari yang sama. Sebanyak 3,632,195 rakyat telah disuntik dos pertama dan 1,476,753 menerima dos kedua. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!