Kerajaan lulus RM1.215 bilion bagi PSU 2.0 setakat 4 Jun

Tengku Zafrul - Foto Bernama
Tengku Zafrul - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM1.215 bilion di bawah Program Subsidi Upah (PSU) 2.0 setakat 4 Jun 2021, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, ia telah disalurkan kepada 74,075 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 645,522 pekerja.

"Bagi Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan pula, sebanyak 137,593 pekerja berjaya mendapat pekerjaan setakat 4 Jun," katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-57 yang dikeluarkan pada Khamis.

Beliau berkata, antara industri dan sektor utama yang mengambil pekerja termasuk pembuatan serta perdagangan borong dan runcit.

Tengku Zafrul berkata, bagi elaun khas barisan hadapan, kerajaan telah menyalurkan RM787.61 juta setakat 4 Jun berdasarkan 2.193 juta tuntutan daripada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan pandemik Covid-19.

Elaun khas itu juga diperluas kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta Jabatan Sukarelawan Malaysia yang terlibat secara langsung dalam membantu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!