Tukar kerajaan tidak jamin Covid-19 dapat ditangani: Pas Selangor

Dr Ahmad Yunus Hairi
Dr Ahmad Yunus Hairi
A
A
A

SHAH ALAM - Sebarang usaha untuk menukar kerajaan tidak akan memberi jaminan dalam memastikan negara ini dapat menangani wabak Covid-19 dengan sebaiknya.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, kerajaan sebelum ini sudah menyasarkan darurat sehingga Ogos malah persiapan untuk Parlimen bersidang juga telah mula dirancang dan berkemungkinan dilaksanakan secara hibrid berikutan peningkatan kes wabak Covid-19.

Beliau berkata, keputusan Majlis Raja-Raja menerusi pertemuan di Istana Negara sebelum ini juga adalah selaras dengan perancangan dilakukan oleh kerajaan pada masa kini.

"Tumpukan kepada usaha memerangi Covid-19, pengurusan ekonomi dan kewangan negara.

"Saranan kerajaan supaya patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan pengambilan vaksin jangan diambil mudah malah ahli politik juga jangan terlalu gila kuasa untuk menjatuhkan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi menangani Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, perkara itu perlu dilaksanakan untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Ahmad Yunus berkata, usaha bagi menangani Covid-19 perlu diutamakan bagi memastikan semua rakyat sentiasa mematuhi SOP ditetapkan di samping mengutamakan pengambilan vaksin.

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH usaha bersama menangani wabak Covid-19 ini akan kita capai bersama," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong zahir pandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!