Perjuangan skuad B-22 negara berakhir

Kejuaraan Bawah 22 (B-22) AFF
Kejuaraan Bawah 22 (B-22) AFF
A
A
A

SKUAD negara tersingkir daripada saingan Kejuaraan Bawah 22 (B-22) AFF walaupun menang 1-0 ke atas Myanmar pada perlawanan terakhir kumpulan B di Stadium RSN, Phnom Penh, Kemboja, malam ini.

Kemenangan Indonesia 2-0 ke atas Kemboja 2-0 pada perlawanan yang berlangsung serentak di Stadium Olimpik Nasional menyaksikan skuad Garuda Muda muncul naib juara kumpulan dan mengiringi pasukan tuan rumah ke saingan separuh akhir.

Pada aksi di Phnom Penh, penyerang muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak muncul wira skuad B-22 negara setelah menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-45 pada aksi berkenaan yang disiarkan secara langsung menerusi sebuah televisyen swasta tempatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!