Giliran Belanda ke saingan kalah mati
BELANDA muncul pasukan terbaharu mara ke saingan kalah mati Euro 2020 apabila menewaskan Austria 2-0 pada saingan Euro 2020 di Johan Cryuff Arena pada awal pagi Jumaat.
Belanda membuka jaringan pada minit ke-11 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Memphis Depay setelah Denzel Dumfries dikasari pertahanan Austria.
Gol sulung itu semakin menyemarakkan semangat kesebelasan skuad Oranje untuk terus mengasak kegawang Austria dalam usaha menambah jaringan, namun tiada jaringan tambahan dihasilkan hingga tamat babak pertama.
Babak kedua menyaksikan Austria cuba bangkit untuk untuk menyamakan kedudukan, namun jentera serangan skuad The Team itu dilihat gagal melepas benteng pertahanan Belanda; malah skuad kendalian Frank de Boer itu pula yang berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Dumfries pada minit ke-67.
Kemenangan itu menyaksikan Belanda mengumpul enam mata daripada dua perlawanan dan sekali gus mara ke saingan kalah mati Euro kali ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!