Suami isteri terperangkap banjir kilat
LIPIS- Sepasang suami isteri di Kampung Kuala Lanar, di sini terperangkap dalam banjir kilat sebelum diselamatkan oleh anggota bomba pada Khamis.
Dalam kejadian tersebut, pasangan warga emas berusia 68 dan 60 tahun itu ditemui di luar rumah dalam keadaan banjir berarus deras ketika pihak bomba tiba di tempat kejadian.
Ketua Zon 3, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian tersebut kira-kira jam 11.30 malam.
Menurutnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis bergegas ke tempat kejadian.
"BBP Kuala Lipis melakukan operasi menyelamat menggunakan sebuah bot fiber.
"Pihak bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menyelamatkan pasangan warga emas terbabit," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!