Belajar dengan negara luar laksana Parlimen secara maya

Wacana Sinar Harian Edisi ke 266 yang bertajuk PRU 15: Kuasa Pemimpin atau Nyawa Rakyat
Wacana Sinar Harian Edisi ke 266 yang bertajuk PRU 15: Kuasa Pemimpin atau Nyawa Rakyat
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu belajar dari beberapa negara lain yang berjaya mengadakan sidang Parlimen secara maya dalam tempoh penularan pandemik Covid-19 ketika ini.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, negara luar mampu mengadakan sidang Parlimen secara maya sebagai salah satu pilihan dan Malaysia juga pasti boleh kerana mempunyai dasar digital yang tinggi.

“Walaupun pilihan raya umum (PRU) tidak boleh diadakan pada waktu terdekat tetapi ada pilihan lain untuk kembali ke Parlimen sama ada untuk menentukan siapa yang mentadbir kerajaan, dibuat secara demokrasi. Tidak semestinya amalan itu tidak dapat dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Harian Edisi ke 266 yang bertajuk PRU 15: Kuasa Pemimpin atau Nyawa Rakyat pada Khamis.

Hadir sama sebagai panelis, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee; Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar dan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Parlimen perlu digerakkan untuk memastikan keupayaan dan kecekapannya dalam waktu terdekat.

“Lupakan persengketaan antara parti politik. Kita bincang dari aspek tadbir urus, peruntukan dan hala tuju kita,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Awang Azman berkata, jangan jadikan sidang Parlimen satu keluhan emosi tetapi ia luahan berdasarkan fakta serta hujah untuk membantu rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Kurangkan kenyataan politik tetapi perbanyakkan penyelesaian khusus mengenai kepentingan rakyat.

“Jangan takut apabila tiba PRU nanti sekiranya sebuah kerajaan itu betul-betul telah memberi yang terbaik (untuk rakyat)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!