Lebah gergasi ditemui di Indonesia
JAKARTA - INDONESIA. "Lebah terbesar dunia, serangga gergasi bersaiz ibu jari, ditemui semula dalam tempoh 40 tahun di kawasan terpencil di Indonesia," kata penyelidik.
Walaupun saiznya yang ketara, tiada siapa mengamati lebah gersasi Wallace yang ditemui oleh pengkaji alam sekitar Britain, Alfred Russel Wallace.
Ia diberi jolokan ‘flying bulldog’ sejak 1981, kata Global Wildlife Conservation.
Lebah itu (Megachile pluto) yang hidup di utara Pulau Muluku membuat sarang dalam busut anai-anai, dengan menggunakan taringnya yang besar – seperti rahang bahagian bawah mamalia untuk mengumpul resin yang melekit bagi melindungi kediamannya daripada anai-anai.
Senarai merah spesis terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) menyenaraikan lebah ini sebagai ‘terdedah kepada bahaya’, bermakna ketika bilangannya kukuh, populasinya yang mendiami kawasan terpencil membuatkan serangga itu sukar dikaji.
Beberapa ekspedisi di wilayah itu sebelum ini gagal menemui lebah tersebut. – Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!