Lagi kejadian tembakan rambang di AS

Gambar menunjukkan sebuah kenderaan (depan kiri) yang digunakan seorang penembak selepas ditahan polis di pinggir bandar Phoenix, Arizona pada Khamis. - Foto: KPHO/KTVK
Gambar menunjukkan sebuah kenderaan (depan kiri) yang digunakan seorang penembak selepas ditahan polis di pinggir bandar Phoenix, Arizona pada Khamis. - Foto: KPHO/KTVK
A
A
A

LOS ANGELES - Seorang terbunuh dan berbelas-belas lagi cedera apabila seorang penembak yang menaiki sebuah kenderaan utiliti lasak (SUV) melepaskan tembakan secara rambang di lapan lokasi di pinggir bandar Phoenix, Arizona pada Khamis.

Bagaimanapun, lelaki yang melepaskan tembakan itu kemudian ditangkap selepas anggota-anggota pihak berkuasa berjaya memintas SUV tersebut dan menariknya keluar dari kenderaan terbabit.

Dia berjaya ditangkap polis selepas seorang anggota bomba mengenal pasti kenderaan dinaikinya itu adalah sama dengan gambaran yang diberikan kepada anggota-anggota keselamatan dan pertahanan awam.

Ketika penembak itu ditangkap terdapat sepucuk pistol yang ditemui di dalam kenderaannya.

"Kami tidak mengetahui motif dia melakukan kejadian itu," kata seorang jurucakap polis, Brandom Sheffert seperti dilaporkan oleh AFP.

Dalam kejadian itu, empat orang ditembak dengan salah seorang daripadanya terbunuh, kata polis.

Sembilan orang lagi cedera ringan termasuk terkena serpihan kaca. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!