MIDF Amanah lancar dana patuh shariah ESG

Foto Bernama
Foto Bernama
A
A
A

MIDF Amanah Asset Management Bhd (MIDF Amanah) telah melancarkan Dana Mustadamah (MAEM) yang merangkumi persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG).

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, MIDF Amanah berkata, dana itu adalah penyelesaian pelaburan tersedia untuk pasaran ekuiti tempatan berasaskan ESG dalam di Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBM), syarikat-syarikat konstituen patuh shariah.

Kumpulan itu berkata, strategi itu memudahkan mereka untuk melabur pada masa depan dengan lebih mampan untuk Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Sany Mohamed Zainudin berkata, pelancaran Dana Mustadamah ESG itu mencerminkan peningkatan selera pelanggan untuk melabur dengan lebih mampan untuk Malaysia.

"Ini akan membolehkan pelanggan kami membuat pilihan yang lebih lestari, relevan dan berkesan melalui penyelesaian pelaburan baharu kami.

"Kami berharap dana ini dapat memenuhi keperluan dan keutamaan pelabur lebih daripada sekadar meraih keuntungan," katanya.

Menurut MIDF Amanah, Mustadamah bermaksud kemampuan untuk kekal dan dana baharu itu adalah dana pelaburan pertama yang mampan dan bertanggungjawab yang bertujuan untuk mencapai peningkatan modal dalam tempoh sederhana hingga jangka panjang.

Dana tersebut melabur dalam portfolio ekuiti patuh shariah tempatan yang juga dibimbing oleh prinsip pelaburan mampan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!