PKR Kuala Langat buat laporan polis terhadap Takiyuddin

Ketua cabang, Ketua Angkatan Muda (AMK) dan Ketua Wanita cabang Kuala Langat masing-masing telah membuat laporan polis terhadap Takiyuddin.
Ketua cabang, Ketua Angkatan Muda (AMK) dan Ketua Wanita cabang Kuala Langat masing-masing telah membuat laporan polis terhadap Takiyuddin.
A
A
A

KUALA LANGAT - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Langat membuat laporan polis terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan kerana didakwa menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

PKR Kuala Langat dalam satu kenyataan pada Jumaat memberitahu, Ketua Cabang, Ketua Angkatan Muda (AMK) dan Ketua Wanita cabang Kuala Langat masing-masing telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, kenyataan yang dibuat Takiyuddin menerusi wawancara bersama beberapa akhbar tempatan baru-baru ini didakwa mempersendakan titah Seri Paduka Baginda supaya sidang Parlimen dilaksanakan secepat mungkin.

“Seri Paduka Baginda menitahkan sidang Parlimen diadakan dalam kadar segera. Ini menunjukkan bahawa Raja-raja Melayu melihat situasi ini dalam keadaan sangat mendesak.

“Beliau (Takiyuddin) menyatakan, Seri Paduka Baginda tidak bertitah bulan berapa untuk sidang Parlimen dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah nyatakan pada September.

“Sikap melengah-lengah dan cuba untuk menunda sidang Parlimen yang ditonjolkan oleh Dato Seri Takiyuddin Hassan dalam wawancara itu jelas mempersendakan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, PKR Kuala Langat mendakwa Takiyuddin telah melanggar Perlembagaan Persekutuan Bahagian IV Persekutuan Bab 2 Majlis Raja-Raja, Perkara 38 dan berharap tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong berpandangan secepat mungkin, tak sebut bulan berapa: Takiyuddin

Artikel Berkaitan:

Derhaka: Polis akan panggil Takiyuddin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!