England diikat Scotland tanpa jaringan

Tonggak England, Declan Rice (kanan) bersaing denan pemain Scotland, Lyndon Dykes di Stadium Wembley awal pagi tadi.
Tonggak England, Declan Rice (kanan) bersaing denan pemain Scotland, Lyndon Dykes di Stadium Wembley awal pagi tadi.
A
A
A

ENGLAND harus menyalahkan diri sendiri apabila gagal menempah slot ke pusingan 16 terbaik lebih awal selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Scotland dalam aksi Kumpulan D Euro 2020 di Stadium Wembley awal pagi tadi.

Atas kertas, skuad Three Lions itu boleh mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan seterusnya jika menang ke atas Scotland selepas terlebih dulu menewaskan Croatia 1-0 minggu lalu.

Bagaimanapun, England tampil kurang menyakinkan tatkala Scotland yang tampak lebih bernafsu memburu kemenangan di gelanggang keramat lawan mereka itu.

Scotland yang kembali beraksi di pentas utama sejak kempen Piala Dunia 1998 tampil bertenaga selepas mengalami kekalahan 0-2 kepada Republik Czech pada aksi pertama.

Keputusan tersebut menyaksikan tiada pasukan dalam Kumpulan D telah mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik selepas Republik Czech dan Croatia seri 1-1 dalam aksi sebelum itu.

Selepas dua perlawanan, Republik Czech kini di tangga teratas Kumpulan D apabila merekodkan empat mata, hanya berkelebihan jaringan berbanding England di tangga kedua manakala Croatia di tempat ketiga dan Scotland keempat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!