Presiden Uganda kuat kuasa sekatan pergerakan

Yoweri Museveni - Foto AFP
Yoweri Museveni - Foto AFP
A
A
A

KAMPALA - Presiden Uganda, Yoweri Museveni pada Jumaat menguatkuasakan sekatan pergerakan di negara ini untuk membendung penularan Covid-19, menurut Anadolu.

"Kita harus meminimumkan jangkitan sehingga kita dapat merawat mereka yang dijangkiti.

"Dua minggu lalu, hanya 61 daerah dilanda jangkitan Covid-19 tetapi sekarang meningkat kepada 108 daerah. Rakyat perlu duduk di rumah," katanya.

Berikutan itu perkhidmatan pengangkutan awam dan aktiviti rentas sempadan tidak dibenarkan. Sekolah, gereja, masjid, bar dan pusat hiburan ditutup selama 42 hari.

Perkhidmatan motosikal yang membawa penumpang juga dilarang.

Beberapa bulan lalu, kadar kematian harian akibat pandemik adalah antara satu hingga dua tetapi baru-baru ini meningkat lebih 40 orang.

Tiga bulan lalu, kes harian sekitar 50 namun, pada Jumaat 1,564 kes dicatatkan.

Uganda mencatatkan 68,778 kes dan 584 kematian sejak wabak mula dikesan di negara ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!