Kontraktor maut motosikal langgar belakang lori

Mangsa dilaporkan maut di lokasi kejadian di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Bandar Manjalara menghala ke Bulatan Batu Caves di sini pada Sabtu.
Mangsa dilaporkan maut di lokasi kejadian di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Bandar Manjalara menghala ke Bulatan Batu Caves di sini pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang kontraktor maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah lori di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Bandar Manjalara menghala ke Bulatan Batu Caves di sini pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa yang dikenali sebagai Said Suhdi, 63 dilaporkan maut di lokasi kejadian.

"Dalam kejadian pada jam 6.40 pagi itu, sebuah lori dari arah Bandar Manjalara menghala ke Bulatan Batu Caves mengalami kerosakan.

"Selepas kenderaan itu berhenti, kira-kira 10 minit kemudian motosikal yang ditunggang mangsa melanggar belakang sisi kanan kenderaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Zulkefly berkata, akibat perlanggaran itu mangsa tercampak ke atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!