KBS terima 80,000 permohonan sukarelawan MyVac

Reezal (tengah) ketika meninjau tinjauan di PPV Dewan Millenium pada Sabtu.
Reezal (tengah) ketika meninjau tinjauan di PPV Dewan Millenium pada Sabtu.
A
A
A

KEPALA BATAS - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerima 80,000 permohonan untuk menjadi sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) sejak dibuka pada Mac lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, daripada jumlah permohonan itu, seramai 4,500 sukarelawan MyVac sudah ditempatkan di 332 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang beroperasi dan dijangka akan meningkat dari masa ke masa selepas pembukaan lebih banyak PPV pada masa akan datang.

Menurut beliau, sukarelawan MyVac adalah gerakan yang diletakkan di bawah KBS dan melalui tinjauan yang dilakukan beliau amat berpuas hati dengan tugas mereka dalam membantu petugas barisan hadapan di semua PPV.

“Buat masa ini, seramai 4,500 sukarelawan MyVac ditugaskan di PPV yang sudah beroperasi seluruh negara.

“Pada masa sama dijangka lebih ramai sukarelawan MyVac diperlukan kerana lebih banyak PPV mega dan PPV di kawasan luar bandar, pedalaman termasuk tempat-tempat orang asli akan dibuka,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan di PPV Dewan Millenium di sini pada Sabtu.

Reezal yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, sukarelawan MyVac berupaya membantu kerajaan dalam memastikan kelancaran proses vaksinasi sekali gus mencapai imuniti kelompok yang disasarkan.

“Mereka boleh membantu mengambil alih tugas seperti di meja pendaftaran yang sebelum ini dibuat oleh petugas perubatan dan membantu orang awam yang mendapatkan suntikan.

“Jadi petugas perubatan boleh menumpukan kepada tugas-tugas mereka memberikan vaksin dan tugas lain berkaitan perubatan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!