PGA gagalkan cubaan seludup 4,899 peket makanan sejuk beku

PGA Batalion 7 Kuantan menggagalkan cubaan menyeludup makanan sejuk beku dari Thailand pada Jumaat.
PGA Batalion 7 Kuantan menggagalkan cubaan menyeludup makanan sejuk beku dari Thailand pada Jumaat.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan menggagalkan cubaan menyeludup 4,899 paket makanan sejuk beku dari Thailand selepas menahan sebuah lori pada Jumaat.

Rampasan barangan bernilai RM110,415 itu dilakukan di kawasan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Rantau Panjang pada jam 6 petang.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota PGA melakukan pemerhatian terhadap sebuah lori yang keluar dari Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Sejurus tiba di kawasan LKIM, anggota PGA menahan seorang pemandu lori berusia 46 tahun dan pemeriksaan menemui barang sejuk beku yang tidak mempunyai invois," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Tambah beliau, serbuan turut merampas pelbagai jenis barangan runcit dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM229,428 termasuk lori.

Azhari berkata, kesemua barangan rampasan itu dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!