Pencuri besi dicekup polis
LUNAS- Seorang pencuri besi ditahan di hadapan sebuah hotel hari ini selepas kegiatannya itu terbongkar.
Ketua Polis Daerah Kulim Superitendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, suspek ditahan pada jam 2.15 pagi melalui Ops Cantas apabila kelihatan meragukan.
Menurutnya, pada 22 Februari lalu, suspek dipercayai telah mencuri besi milik sebuah syarikat di tapak projek Taman Makmur jam 9 pagi. Kegiatan itu turut dikesan oleh pekerja syarikat pada hari tersebut sebelum bertindak melaporkan pada pihak polis.
"Suspek dipercayai mencuri besi lebih setengah tan dan kegiatan itu telah berlaku sebanyak tiga kali," katanya.
Hasil siasatan, suspek didapati mempunyai lima rekod jenayah termasuk kes dadah.
"Polis juga merampas sebuah motosikal jenis Modenas Kriss yang digunakan suspek," katanya
Kes disiasat bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!