Lewandowski bikin Sepanyol gigit jari

Lewandowski meraikan jaringannya ketika aksi di Stadium de La Cartuja, Sevilla awal pagi tadi.
Lewandowski meraikan jaringannya ketika aksi di Stadium de La Cartuja, Sevilla awal pagi tadi.
A
A
A

SEPANYOL sekali lagi terpaksa akur sekadar mengutip satu mata selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 berdepan Poland dalam aksi kedua Kumpulan E, Euro 2020 awal pagi tadi.

Keputusan seri itu menyaksikan Sepanyol berada di tangga ketiga dengan merekodkan dua mata - dua mata di belakang pendahulu, Sweden manakala Slovakia di tangga kedua dengan tiga mata.

Poland pula berada di tangga keempat dengan satu mata, sekali gus menyaksikan persaingan dalam memburu slot ke pusingan 16 terbaik masih terbuka buat kesemua pasukan.

Dalam aksi di Stadium de La Cartuja, Sevilla itu, Sepanyol terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Alvaro Morata pada minit ke-25.

Bagaimanapun, skuad La Roja itu tersentak apabila Poland berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan penyerang berbisa Bayern Munich, Robert Lewandowski pada minit ke-54.

Sepanyol berpeluang cerah meraih tiga mata, namun Gerard Moreno gagal menyudahkan sepakan penalti dengan baik apabila bola sepakannya itu sekadar mengenai palang.

Pada tengah malam Jumaat ini, Sepanyol bakal mengakhiri aksi Kumpulan E menentang Slovakia di Sevilla manakala Poland berdepan Sweden di Saint Petersburg.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!