Ebrahim Raisi presiden baharu Iran
TEHRAN - Ebrahim Raisi kini secara rasminya memenangi Pilihan Raya Presiden Iran selepas memperoleh 62 peratus undi.
Dalam ucap tamanya sebagai presiden, Ebrahim mendedikasikan penghargaan kepada setiap rakyat Iran yang telah mengundinya sebagai pemimpin utama negara itu.
Beliau berharap dapat memikul tanggungjawab dengan baik sebagai tanda membalas jasa mereka sepanjang tempohnya memegang jawatan itu.
Presiden Iran terdahulu, Hassan Rouhani akan berundur pada Ogos ini.
Ebrahim Raisi, 60 tahun, akan mengambil alih pada waktu kritikal ketika Iran cuba merundingkan semula perjanjian nuklear dengan negara-negara kuasa besar. - Awani
ARTIKEL BERKAITAN: Raisi calon pilihan ganti Rouhani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!