Bekalan vaksin tidak mencukupi kegagalan paling besar kerajaan: Anwar

Anwar ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden PKR sempena Kongres Nasional Keadilan ke-15 secara maya pada Ahad.
Anwar ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden PKR sempena Kongres Nasional Keadilan ke-15 secara maya pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kegagalan paling besar dilakukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam mengawal pandemik Covid-19 di negara ini adalah tidak menyediakan vaksin yang mencukupi.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keadaan itu dapat dilihat apabila kadar pemberian suntikan vaksin ketika ini masih lagi rendah.

Menurut beliau, disebabkan kegagalan itu juga ia mengakibatkan keadaan ekonomi dan politik berkecamuk susulan beberapa langkah yang diambil kerajaan dalam menangani krisis pandemik itu.

"Dari awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lockdown dan segala langkah-langkah itu ada munasabahnya.

"Tetapi kita mesti bermula dengan vaksin. Kegagalan paling besar kerajaan adalah penyediaan vaksin yang secukupnya," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden PKR sempena Kongres Nasional Keadilan ke-15 yang diadakan secara maya pada Ahad.

Anwar berkata, kerajaan seharusnya melihat isu pemberian vaksin itu sebagai fokus besar dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

"Mereka (kerajaan) membuat kenyataan rambang (yang) ikut selera politik untuk cuba (untuk tidak nampak salah).

"Saya tidak mahu sebut penipu tapi tentunya mengelirukan rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!