Pengadang jalan sempadan Selangor-Pahang dialihkan

Kerja pemasangan semula pengadang jalan yang dialihkan oleh pihak tidak bertanggungjawab Jumaat lalu.
Kerja pemasangan semula pengadang jalan yang dialihkan oleh pihak tidak bertanggungjawab Jumaat lalu.
A
A
A

GOMBAK - Pengadang jalan di sempadan antara Selangor dan Pahang di Batu 24 di sini telah dialihkan oleh individu tidak bertanggungjawab pada Jumaat lalu.

Ketua Perhubungan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Mukim Setapak, Jamaludin Muhyuddin berkata, perkara itu disedari anggotanya ketika membuat rondaan sekitar jam 4.30 petang pada hari kejadian.

Menurutnya, dipercayai perbuatan itu dilakukan oleh pihak yang mahu menggunakan jalan lama itu bagi mengelak menempuh sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak.

"Susulan daripada itu, saya telah maklumkan kepada kepada Penghulu Mukim Setapak yang kemudian telah memanjangkan perkara tersebut kepada pihak berwajib.

"Sekitar jam 1 tengah hari Sabtu, jalan tersebut telah ditutup semula. Selain memasang pengadang konkrit, halangan berbentuk timbunan tanah turut dilakukan bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengalihkan lagi pengadang jalan tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Katanya, situasi sama berlaku sebanyak tiga kali sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu.

"Sebelum ini anggota Rela ada berkawal di lokasi cuma pada PKP 3.0 ini, kami ubah kepada rondaan berkala sahaja.

"Merosakkan pengadang jalan itu satu tindakan yang tidak wajar. Kami sebagai penduduk kurang senang dengan kejadian itu. Harap pengguna akur dengan penutupan jalan itu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa PKP 3.0," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!