Copa America: Peru kembali nyalakan peluang

Pemain Peru meraikan kejayaan menewaskan Colombia pada aksi Copa America di Goiania pada Isnin.
Pemain Peru meraikan kejayaan menewaskan Colombia pada aksi Copa America di Goiania pada Isnin.
A
A
A

PERU menghidupkan peluang mara ke saingan kalah mati Copa America 2021 selepas menewaskan Colombia 2-1 dalam aksi di Stadium Olimpico Pedro Ludovico, Goiania pada Isnin.

"Kemenangan ini amat penting dan memberi semula harapan buat pasukan selepas tewas pada aksi pertama kepada Brazil.

"Peru kini berada pada motivasi terbaik, namun masih perlu bekerja lebih keras untuk pergi lebih jauh dalam pertandingan ini," kata pemain pertahanan Peru, Renato Tapia

Pada aksi pembukaan sebelum ini,

skuad kendalian Ricardo Gareca dibelasah penyandang juara Brazil, 4-0, sekaligus menimbulkan keraguan kemampuan finalis 2019 itu mara ke pusingan seterusnya.

Pada aksi itu, Peru terlebih dulu di depan hasil jaringan Sergio Pena pada minit ke-17 babak pertama untuk mendahului separuh masa pertama 1-0.

Anak buah Reinaldo Rueda kemudian bangkit menyamakan kedudukan menyamakan kedudukan pada babak kedua hasil jaringan Miguel Borja pada minit ke-53.

Namun hajat Colombia untuk terus mencipta kebangkitan terencat apabila tonggak pertahanan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton, Yerry Mina menjaringkan gol sendiri pada minit ke-64 seterusnya gol kemenangan Peru.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan itu membolehkan Peru berada pada kedudukan ketiga kumpulan dengan tiga mata selepas mengharungi dua perlawanan.

Sementara Colombia kekal di tangga kedua dengan empat mata, namun dengan berbaki dua perlawanan.

Gergasi Amerika Selatan yang juga penyandang juara, Brazil kekal mendahului kumpulan dengan enam mata, yang mana empat pasukan teratas akan layak ke saingan kalah mati.

Aksi seterusnya melibatkan pertemuan Brazil menentang Colombia manakala Peru berdepan Ecuador.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!