Pembantu pergigian warga Malaysia antara 11 kes baharu di Singapura

Seorang wanita Malaysia yang bekerja sebagai pembantu pergigian adalah antara 11 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada Ahad di Singapura. - Foto AP
Seorang wanita Malaysia yang bekerja sebagai pembantu pergigian adalah antara 11 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada Ahad di Singapura. - Foto AP
A
A
A

SINGAPURA - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita Malaysia yang bekerja sebagai pembantu pergigian adalah antara 11 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada Ahad di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.

Dirujuk sebagai Kes 64347, wanita berusia 22 tahun itu menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 23 Mei, dan dos kedua pada 13 Jun, kata kementerian dalam data lengkapnya yang dikeluarkan malam tadi (Ahad).

Menurut kementerian ketika bekerja wanita itu memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang lengkap, termasuk topeng N95, pelindung muka, gogel, gaun dan sarung tangan.

"Dia tidak menunjukkan simptom, dan dikesan ketika disaring untuk Covid-19 pada 19 Jun sebagai sebahagian daripada pemantauan komuniti kami untuk mereka yang bekerja di daerah Redhill Close," kata kementerian.

Beliau bekerja di Q&M Dental Surgery cawangan Redhill MRT.

"Hasil ujiannya kembali positif untuk jangkitan Covid-19 pada hari yang sama. Keputusan ujian serologinya belum diperoleh, ” kata kementerian.

Setakat tengah hari Ahad, republik itu melaporkan 62,414 kes Covid-19 dengan 37 kluster terbuka. Ketika ini terdapat 142 pesakit masih di hospital, dengan kebanyakannya stabil atau bertambah baik.

Namun, seorang pesakit dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi dan lima yang lain memerlukan bantuan oksigen, kata kementerian itu.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, 34 meninggal dunia disebabkan komplikasi akibat jangkitan Covid-19 di sini. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!