PKP penuh hari ketujuh
Keadaan trafik di sepanjang Jalan Tun Mustapha menghala ke pusat bandar sesak dengan kenderaan yang beratur panjang berikutan sekatan jalan raya (SJR) ketika tinjauan pada hari ketujuh pelaksanaan sekatan penuh bersasar Labuan hari ini.
Kawasan pusat bandar itu, adalah antara lapan lokaliti yang dikenakan pelaksanaan sekatan penuh bersasar sehingga 28 Jun ini.
Kebanyakkan sektor sosial dan ekonomi ditutup dalam tempoh itu selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di wilayah tersebut.
Setakat semalam, Labuan merekodkan 156 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 6,984.- Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!