Leka bermain snuker, 10 lelaki dikompaun RM23,500

Sepuluh lelaki yang leka bermain snuker termasuk seorang penyelia di sebuah premis di Taman Bukit Indah dikenakan kompaun kerana melanggar SOP PKP.
Sepuluh lelaki yang leka bermain snuker termasuk seorang penyelia di sebuah premis di Taman Bukit Indah dikenakan kompaun kerana melanggar SOP PKP.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seramai 10 lelaki dikompaun RM23,500 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP)3.0 dengan bermain snuker di sebuah premis di Taman Bukit Indah pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, ketika serbuan kira-kira jam 10.15 malam kesemua mereka yang berusia 18 hingga 40 tahun termasuk penyelia premis yang bertindak sebagai juruwang tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakkan fizikal.

Katanya, sembilan suspek dikompaun RM1,500 manakala RM10,000 dikenakan ke atas penyelia.

"Mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan 2021)," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Tambah Dzulkhairi, semakan mendapati dua suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau.

"Polis turut merampas dua 44 biji bola snuker, empat batang kayu snuker, empat biji 'choke', satu unit kunci kawalan jauh selain wang tunai berjumlah RM275.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 6(2) Enakmen Negeri Johor dan Peraturan 16(1) Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan 2021)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!