DUN Terengganu bersidang selepas Parlimen

Yahaya Ali
Yahaya Ali
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Terengganu mengambil pendirian sama dengan kerajaan Kedah dan Kelantan untuk tidak mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat sehingga Parlimen bersidang terlebih dahulu.

Yang Dipertua DUN Terengganu, Datuk Yahaya Ali berkata, setakat ini, pihaknya menunggu keputusan peringkat Parlimen terlebih dahulu dan menjadikan persidangan Parlimen sebagai rujukan.

“Dari segi dasarnya memang kita akan buat sidang DUN, tapi sekarang kita masih dalam tempoh Ordinan Darurat, jadi biarlah ada keputusan muktamad di peringkat Parlimen terlebih dahulu sebelum kita bersidang.

“Saya akan maklum perkembangannya nanti bila tiba masa sesuai untuk DUN Terengganu bersidang,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Isnin.

Rabu lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Pelan Pemulihan Negara dan pelaksanaan Ordinan Darurat 2021 dibahaskan

Kali terakhir sidang DUN diadakan di Terengganu adalah pada November lalu membabitkan pembentangan Bajet 2021 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Mesyuarat berlangsung selama tiga hari bermula pada 23 hingga 25 November itu hanya dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua jabatan sahaja berikutan pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong zahir pandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin

Artikel Berkaitan:

Tiada sidang DUN Kelantan sehingga Parlimen bersidang

Sidang DUN Kedah diadakan hanya selepas Parlimen bersidang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!