Peratusan keluar mengundi: Calon BN positif

Zakaria Hanafi
Zakaria Hanafi
A
A
A

SEMENYIH - Jika Parti Sosialis Malaysia (PSM) bimbang jumlah pengundi mungkin rendah pada 2 Mac nanti, lain pula kisahnya dengan calon BN bagi PRK DUN Semenyih, Zakaria Hanafi.

Menurut Zakaria, beliau yakin peratusan pengundi pada 2 Mac ini akan meningkat dan mungkin boleh menepati sasaran ditetapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, penduduk juga dilihat mahu melakukan perubahan dalam PRK kali ini dan beliau yakin faktor tersebut dapat menjadi penyumbang kepada peningkatan peratusan keluar mengundi.

"Saya rasa peratus keluar mengundi akan meningkat kerana pengundi masing masing sudah ada kesedaran. Jentera kempen juga sudah bergerak, perayu undi juga.

ARTIKEL BERKAITAN: PSM khuatir peratusan keluar mengundi rendah

"Lagipun hari pengundian dijalankan pada hari Sabtu dan saya rasa jumlah pengundi mungkin lebih daripada sasaran.

“Lagipun pengundi-pengundi mudah untuk pulang ke Semenyih untuk menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.

Zakaria berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi anak kepada seniman negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali, 60 di Kampung Sentosa, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Hari sama, PSM melalui Pengarah Pilihan Raya bagi PRK DUN Semenyih, S Arulchelvan bimbang jumlah pengundi yang turun mengundi pada 2 Mac nanti mungkin rendah dan tidak menepati sasaran SPR..

Menurutnya, 'mood' pengundi terutamanya golongan muda dilihat tidak begitu memberangsangkan dan beliau melabelkan '‘mood' di bawah sepi dan sejuk’.

Menurutnya, calon yang bukan nama besar juga mempengaruhi semangat pengundi di Semenyih yang sehingga kini dilihat tidak begitu teruja menghadapi PRK.

SPR sebelum ini menjangkakan peratusan keluar mengundi PRK Semenyih bakal mencapai 70 peratus.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, peratusan keluar mengundi di DUN Semenyih mencecah 87.9 peratus.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!