Covid-19: Hampir semua wilayah di Itali di bawah zon putih

Orang ramai berkumpul di Campo de' Fiori selepas kebanyakan wilayah di Itali berada di bawah zon putih (berisiko rendah). - Foto Reuters
Orang ramai berkumpul di Campo de' Fiori selepas kebanyakan wilayah di Itali berada di bawah zon putih (berisiko rendah). - Foto Reuters
A
A
A

ROM - Semua wilayah di Itali kecuali Val d'Aosta kini berada di bawah zon putih (berisiko rendah) pada Isnin selepas Basilicata, Calabria, Campania, Marche, Tuscany, Sicily dan wilayah autonomi Bolzano keluar dari zon kuning (berisiko sederhana), menurut data Covid-19 terkini.

Bermakna hampir semua sekatan Covid-19 negara itu dihentikan, kecuali diwajibkan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal, lapor ANSA.

Val d'Aosta dijangka bertukar dari zon kuning ke zon putih minggu depan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!