United tawar kontrak lumayan buat Pogba

Paul Pogba
Paul Pogba
A
A
A

MANCHESTER United sudah bersedia menjadikan perancang Perancis, Paul Pogba sebagai pemain yang menerima gaji paling tinggi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut laporan media antarabangsa, pengurusan The Red Devils mahu menawarkan perjanjian baharu bernilai 104 juta Pound (RM595 juta) buat Pogba yang kini menggalas cabaran The Bleus pada kempen Euro 2020.

Berbaki 12 bulan terakhir kontraknya di Old Trafford, United kini bersedia menawarkan Pogba gaji 400,000 pound (RM2.29 juta) seminggu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menjelang musim baharu, United dikatakan makin terdesak untuk mengekalkan khidmat tonggak Perancis berusia 28 tahun itu yang kini menerima gaji sebanyak 290,000 pound (RM1.66 juta) seminggu.

United akan menunggu sehingga Pogba menamatkan tugasannya bersama Perancis sebelum memuktamadkan kontrak baharunya yang dijangka selesai bulan depan.

Sebelum ini, Pogba memaklumkan dia belum menandatangani lanjutan kontrak baharu selepas dikatakan gagal mencapai kata sepakat dengan pengurusan United.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!