Jeritan bossku, sambut kehadiran Najib
KAJANG - Kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke sebuah restoran terkenal di sini, menggamatkan suasana dengan sambutan meriah oleh pengunjung yang sedang menjamu selera.
Mana tidaknya, kehadiran Ahli Parlimen Pekan itu, di restoran terkenal berkenaan, menarik perhatian ramai apabila orang ramai tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan berswafoto dengannya.
"Malu apa bossku', itu laungan orang ramai tatkala melihat kelibat beliau tiba di restoran berkenaan sekitar jam 3:30 petang.
Najib hadir ke Kajang ditemani anak lelakinya Ashman.
Beliau meluangkan masa hampir 20 minit bersama orang ramai di restoran berkenaan.
Najib kini menjadi selebriti sensasi media sosial, sejak tidak lagi bergelar Perdana Menteri, Najib kini banyak meluangkan masa melakukan aktiviti bersama rakyat.
Selain itu sempena PRK DUN Semenyih beliau dilihat acap kali turun ke sana bagi membantu kemenangan BN.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!