Copa America: Chile tempah slot kalah mati
CHILE mara ke saingan kalah mati Copa America selepas terikat 1-1 ketika menentang Uruguay pada aksi kumpulan di Arena Pantanal, Cuiaba pada Selasa.
Penyerang Atlético Mineiro berusia 31 tahun, Eduardo Vargas terlebih dulu meletakkan sensasi Amerika Selatan di depan pada minit Ke-26 untuk mendahului babak pertama.
Bersambung babak kedua, Uruguay memperkemaskan permainan akhirnya menyamakan kedudukan hasil jaringan sendiri pemain Chile berusia 34 tahun, Arturo Vidal yang kini menyarung jersi Inter Milan pada minit ke-66.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!