Projek PSR: Pulau Pinang nafi keputusan JV dibuat tanpa perbincangan

Kerajaan Pulau Pinang nafi keputusan usaha sama dalam melaksanakan Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) dicapai berdasarkan persetujuan satu pihak sebagaimana dakwaan beberapa pihak sebelum ini. Gambar kecil: Teh Lai Heng
Kerajaan Pulau Pinang nafi keputusan usaha sama dalam melaksanakan Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) dicapai berdasarkan persetujuan satu pihak sebagaimana dakwaan beberapa pihak sebelum ini. Gambar kecil: Teh Lai Heng
A
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang menafikan bahawa keputusan usaha sama (JV) dalam melaksanakan Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) dicapai berdasarkan persetujuan satu pihak sahaja seperti didakwa beberapa pihak sebelum ini.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Teh Lai Heng berkata, keputusan JV kerajaan negeri untuk melaksanakan PSR bagi Pulau A yang dicapai itu adalah berdasarkan persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang yang dianggotai oleh Ahli-ahli MMK (Exco) Pulau Pinang.

Menurutnya, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat yang diadakan pada 24 Mac lalu.

"Persetujuan bersama itu membuktikan selain menangkis kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab kononnya JV tersebut dicapai berdasarkan persetujuan satu pihak sahaja.

"Ini merupakan dakwaan yang sangat tidak bertanggungjawab dan tentunya memperkecilkan keputusan mesyuarat MMK yang dicapai sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Lai Heng berkata, pihak yang menyebarkan berita palsu itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah mempunyai niat jahat untuk memberikan gambaran berlaku perpecahan dalam kerajaan Pulau Pinang.

"Mereka juga dilihat seakan rakus membantutkan rancangan pembangunan negeri ini untuk kepentingan rakyat Pulau Pinang demi kepentingan peribadi mereka sendiri.

"Keputusan untuk membentuk JV bagi pelaksanaan Pulau A adalah rancangan pembangunan jangka panjang kerajaan negeri untuk mengembangkan industri dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, ia bagi meningkatkan daya hidup dan daya tahan iklim serta membantu dalam usaha pemulihan negeri bagi menyelamatkan ekonomi Pulau Pinang yang amat terkesan akibat pandemik Covid-19," katanya.

Sebelum ini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menyatakan kebimbangan mereka terhadap projek PSR yang disifatkan akan memberi impak buruk kepada kehidupan nelayan selain ekosistem kehidupan laut di kawasan terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!