Najib mengeluh kena bayar tol ke Kajang
SEMENYIH - [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluh kerana terpaksa membayar tol sebanyak RM2.10 ketika melalui Plaza Tol Bukit Mahkota, petang tadi.
Menurutnya, PH sebelum ini ‘berjanji’ akan menghapuskan tol namun sehingga kini tidak berbuat demikian.
Secara berseloroh, Najib bertanya bilakah agaknya tol akan dihapuskan dan menegaskan beliau akan sentiasa menunggu detik tol dihapuskan.
“Saya ingat tak perlu bayar tol, tol dah dimansuhkan tapi saya kena bayar RM2.10 tadi.
“Maknanya tol masih dikenakan kepada semua pengguna. Nampaknya janji mereka sampai sekarang tak dilunaskan.
“Saya ingat dah tiada dah, rupanya masih ada lagi. Agaknya bila nak mansuhkan tol. Kita tunggu,” katanya kepada pemberita selepas melalui plaza tol tersebut, petang tadi.
Kerajaan akan membuat satu pengumuman penting berkaitan kutipan tol lebuh raya dalam masa terdekat, kata Presiden Bersaru, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kita baru berbincang dalam Kabinet...mungkin dalam sehari dua ini akan ada kenyataan berkaitan tol yang akan diumumkan menteri berkaitan,” katanya.
Beliau berkata dalam ceramah umum sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih di Batu 26 Beranang, malam Khamis lepas.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!